Mara kaji ambil alih semula operasi penyediaan makanan MRSM

25 Nov 2026 • 7:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mara kaji ambil alih semula operasi penyediaan makanan MRSM
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji kemungkinan mengambil alih semula keseluruhan operasi penyediaan makanan di Dewan Selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara tanpa bergantung kepada kontraktor luar.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji secara tuntas cadangan pengurusan operasi penyediaan makanan secara langsung oleh agensi itu.

Menurutnya, kaedah pengurusan berkenaan pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Kaedah pengurusan secara langsung oleh Mara ini pernah dilaksanakan sebelum penswastaan operasi penyediaan makanan diperkenalkan di MRSM pada era 1990-an,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, kajian itu perlu mengambil kira lima aspek utama bagi memastikan pengurusan penyediaan makanan dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengabaikan kebajikan pelajar demi keuntungan komersial.

“Antaranya menjamin kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan pelajar serta memastikan kecukupan nutrisi dan kuantiti makanan yang dihidangkan.

“Selain itu, kajian juga perlu melihat aspek meningkatkan keberkesanan pemantauan dan kawalan mutu serta menilai penjimatan kos melalui pengurusan dan perolehan secara berpusat,” ujarnya.

Asyraf Wajdi berkata, aspek kebajikan pelajar turut menjadi pertimbangan penting dalam menilai cadangan pengambilalihan semula operasi berkenaan.

“Penyediaan makanan kepada anak-anak MRSM bukan semata-mata soal perniagaan, tetapi soal amanah, kebajikan dan tanggungjawab,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved