Mara Excellent Ventures bentuk usaha sama dengan CXS bangunkan AI dan analitik data

LocalTechnology
22 Sep 2026 • 12:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mara Excellent Ventures bentuk usaha sama dengan CXS bangunkan AI dan analitik data Image from: Mara Excellent Ventures bentuk usaha sama dengan CXS bangunkan AI dan analitik data amree22/09/2026 - 12:50 Said Harull Nizam (kiri) dan Johnathan JS (kanan) bertukar-tukar dokumen pemeteraian usaha sama. Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 SeptMara Excellent Ventures Sdn Bhd (MEX) dan CXS Analytics Sdn Bhd bekerjasama meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi memenuhi keperluan pekerja serta membantu organisasi membuat keputusan pantas berasaskan data.

 

Kerjasama strategik itu dimeterai menerusi pembentukan usaha sama (JV) menggabungkan rangkaian serta keupayaan pelaksanaan anak syarikat MARA Corporation Sdn Bhd tersebut, dengan kepakaran yang dimiliki CXS dalam bidang teknologi, analitik dan AI.

 

Menurut kenyataan bersama, rumusan yang dibangunkan itu berpotensi memberi nilai tambah kepada ekosistem MARA sebelum diperluaskan kepada sektor awam, syarikat korporat dan organisasi lain yang sedang melalui proses transformasi digital serta tenaga kerja.

 

"Antara bidang kerjasama dikenal pasti termasuk penggunaan AI dan analitik dalam pembangunan bakat dan kompetensi, penyelarasan program latihan dengan keperluan sebenar pekerja serta usaha meningkatkan produktiviti organisasi," katanya.

 

Ketua Pegawai Operasi MEX, Said Harull Nizam berkata, kerjasama itu sejajar dengan usaha syarikat berkenaan memperkukuh keupayaan dalam menyediakan rumusan yang mampu memenuhi keperluan teknologi dan organisasi agar dapat berubah dengan pantas.

 

Beliau berkata, JV itu bukan sekadar membuka peluang perniagaan baharu, malah menyediakan ruang untuk MEX meneroka AI dan analitik untuk menyokong pembangunan modal insan, memperkukuh keupayaan organisasi dan mencipta nilai lebih besar dalam ekosistem MARA.

 

Kerjasama Diperluaskan Kepada Pasaran Lebih Besar

Ujarnya, keupayaan yang dibangunkan menerusi kerjasama itu berpotensi diperluaskan kepada pasaran yang lebih luas, sekali gus meletakkan MEX sebagai rakan strategik dalam bidang rumusan teknologi dan pembangunan modal insan jangka panjang.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif CXS, Johnathan JS berkata, kerjasama dengan MEX turut menyediakan platform strategik untuk membawa kepakaran teknologi dan rumusan syarikat berkenaan ke skala yang lebih besar serta bersesuaian di lapangan sebenar.

 

"Penggunaan AI tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai teknologi, sebaliknya sebagai pemudah cara yang membantu organisasi dalam memahami bakat pekerja, mengenal pasti jurang kompetensi dan membuat keputusan secara lebih tepat," tambah beliau.

 

Menerusi JV itu, kedua-dua pihak akan meneroka peluang dalam bidang AI, analitik data, pengurusan bakat dan kompetensi, pembangunan pekerja serta transformasi digital, termasuk pembangunan rumusan yang disesuaikan dengan keperluan khusus setiap organisasi.

 

CXS merupakan syarikat teknologi modal insan dan analitik yang membangunkan rumusan berasaskan data serta AI, dengan pengalaman luas turut menyokong ekosistem pembangunan bakat dan kerjaya melibatkan lebih 300,000 pengguna setakat ini.

 

Kerjasama itu turut membuka ruang kepada MEX memperluas peranan sebagai rakan strategik rumusan teknologi dan modal insan, dengan potensi menyokong inisiatif transformasi dalam ekosistem MARA serta membawa keupayaan berkenaan kepada pasaran yang lebih luas. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved