Margin sederhana, RHB Research turunkan ujuran pendapatan Gabungan AQRS pada FY26 sebanyak 14%

02/09/2025 - 15:51
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
KUALA LUMPUR 2 Sept - RHB Research menurunkan unjuran pendapatan Gabungan AQRS Berhad bagi FY26 hingga FY27 sebanyak 14% dan 13% selepas mengambil kira pengiktirafan dan margin keuntungan sederhana daripada segmen pembinaan hartanah.
Katanya, unjuran itu dibuat kerana mereka lebih berhati-hati terhadap projek pembinaan syarikat serta marginnya.
Firma penyelidikan itu dibuat selepas Gabungan AQRS melaporkan keuntungan teras FY25 sebanyak RM17.7 juta yang berada di bawah jangkaan disebabkan prestasi yang lebih lemah daripada jangkaan dalam bahagian hartanah serta kos jualan yang lebih tinggi.
“Walaupun segmen pembinaan syarikat terus mendapat manfaat daripada kemajuan projek seperti The Peak di Johor Bahru, Sekolah Bandar Enstek dan Solitaire Suites, kami menjangkakan pemulihan pendapatan dalam bahagian hartanah akan berlaku secara lebih sederhana,” katanya dalam satu nota kajian.
RHB Research berkata, ketika ini, kumpulan itu mempunyai buku tempahan tertunggak sebanyak RM322 juta, manakala jualan hartanah belum dibil sebanyak RM190 juta memberikan sedikit keterlihatan kepada pendapatan masa depan.
Katanya, sumbangan tambahan dijangka datang daripada projek Serena Gambang di Pahang (GDV: RM382 juta, pelancaran disasar pada 1H26) serta jualan berterusan di The Peak (GDV: RM689 juta) di Johor Bahru.
Meskipun unjuran pendapatan telah dikurangkan, penganalisis mengekalkan pandangan positif terhadap prospek jangka panjang Gabungan AQRS, sambil menekankan pemangkin berpotensi daripada penyambungan semula pakej-pakej Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) serta Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang boleh mengukuhkan segmen pembinaan dan pratuang syarikat.
"Penubuhan usaha sama pembangunan hartanah baharu oleh Gabungan AQRS (selain daripada Gambang Residensi di Pahang) juga mungkin menjadi pemangkin.
"Memandangkan pelbagai pemangkin yang ada serta rekod prestasinya dalam projek infrastruktur (Mass Rapid Transit 1, Lebuhraya SUKE, LRT3)," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu 29 sen berbanding 33 sen sesaham. - DagangNews.com
standard
