“Marilah Kita Bermaaf-Maafan Dan Kembali Bersahabat” – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 3:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Anwar Ibrahim menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya mengetepikan segala perbezaan yang timbul sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri. Beliau berharap semua pihak dapat kembali bersatu demi memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Menurut Perdana Menteri, tempoh berkempen sememangnya dipenuhi pelbagai pandangan dan pendapat. Namun, beliau percaya segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang kempen perlu diakhiri dengan sikap saling memaafkan demi keharmonian bersama.

Anwar Ibrahim seru rakyat kembali bersatu

Image from: “Marilah Kita Bermaaf-Maafan Dan Kembali Bersahabat” – Anwar Ibrahim
Kredit Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran video di Facebook, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata proses berkempen mungkin menyaksikan ada pihak yang terlanjur dalam mengeluarkan kenyataan.

PRN Negeri Sembilan bermula dan kita sudah melalui tempoh kempen dengan pelbagai pandangan dikemukakan.

Saya percaya dalam proses itu ada keterlanjuran, jadi marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.- Katanya.

Raui diberikan mandat teruskan khidmat

Image from: “Marilah Kita Bermaaf-Maafan Dan Kembali Bersahabat” – Anwar Ibrahim
Kredit Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam masa sama, Presiden PKR itu turut mengajak seluruh rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum dan agama supaya keluar mengundi serta menunaikan tanggungjawab mereka.

Beliau turut memohon pertimbangan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan bagi meneruskan pentadbiran negeri bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan MADANI.

Saya mewakili PH memohon pertimbangan rakyat supaya diberikan peluang untuk kami meneruskan khidmat, menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan MADANI.- Katanya.

Seramai 859,750 daripada keseluruhan 889,940 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian PRN Negeri Sembilan ke-16.

The post “Marilah Kita Bermaaf-Maafan Dan Kembali Bersahabat” – Anwar Ibrahim appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved