Pinjam RM200 bayar, yang hutang puluhan juta tidak mahu bayar – PM

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 8:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pinjam RM200 bayar, yang hutang puluhan juta tidak mahu bayar – PM

PORT DICKSON – Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam belanjawan akan datang bagi memperkukuh agenda pembasmian kemiskinan dan memperkasa ekonomi rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kecekapan pengurusan AIM dalam membantu rakyat berpendapatan rendah menjadi antara faktor utama kerajaan menyalurkan peruntukan ratusan juta ringgit kepada agensi berkenaan.

Katanya, pihaknya tidak menyalurkan peruntukan besar kepada semua badan bukan kerajaan (NGO), sebaliknya memilih AIM berdasarkan rekod pengurusan baik dan keberkesanan program yang memberi impak besar kepada rakyat.

“Sebaik kembali menerajui pentadbiran negara, kerajaan meluluskan peruntukan awal RM10 juta bagi memperkukuh pengurusan AIM sebelum meningkat kepada RM100 juta, RM200 juta dan seterusnya RM230 juta.

“Saya bukan datang hendak berjanji. Peruntukan ini sudah dimulakan sejak 2023 dan diteruskan pada 2024 dan 2025. Ini bukan kerana pilihan raya, tetapi dasar Kerajaan Madani,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Sahabat Usahawan Madani Negeri Sembilan di Port Dickson, hari ini.

Anwar berkata, peningkatan peruntukan itu dibuat selepas kerajaan melihat keupayaan AIM menguruskan bantuan secara berkesan, terutama dalam membantu wanita menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga.

Beliau turut memuji disiplin peminjam AIM, khususnya wanita, yang disifatkan lebih bertanggungjawab dalam melunaskan pinjaman berbanding sebahagian peminjam berskala besar.

“Yang miskin, pinjam RM30 atau RM200 sebulan pun bayar hutang. Kadang-kadang yang berhutang puluhan juta ringgit pula tidak mahu bayar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pinjam RM200 bayar, yang hutang puluhan juta tidak mahu bayar – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved