Marissa Dania Bercerai, Abby Abadi Gembira, Luah Rasa Syukur – “Alhamdulillah”

LocalEntertainment
23 Jun 2026 • 2:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan usahawan Abby Abadi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai Ahmad Aslam terhadap anaknya, Marissa Dania Hakim adalah sah.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, tidak mengulas panjang mengenai keputusan mahkamah tersebut, sebaliknya hanya memuat naik ucapan ringkas.

Advertisement

Abby abadi

“Alhamdulillah,” katanya.

Selain itu, Abby turut berkongsi semula sebuah video daripada portal hiburan yang memaparkan kehadiran Ahmad Aslam dan Marissa di mahkamah bagi prosiding berkenaan.

Sebelum ini, Abby antara individu yang lantang bersuara mengenai kemelut rumah tangga anaknya dan tidak pernah berselindung dalam menyuarakan pandangannya mengenai isu tersebut.

Malah, beliau juga pernah menyatakan sokongan sekiranya perpisahan menjadi jalan terbaik buat Marissa selain meminta Aslam bertanggungjawab terhadap segala kemelut yang berlaku.

“Berhenti Ganggu Isteri Saya Iaitu Umisya Dan Anak-Anak” – Aslam

Dalam masa sama, Abby turut beberapa kali menitipkan doa agar Marissa diberikan kekuatan untuk berdepan ujian rumah tangga dan kehidupan berpoligami.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Ahmad Aslam dan Marissa akhirnya menemui noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan pasangan itu tidak lagi bergelar suami isteri.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri turut memaklumkan mahkamah mengesahkan lafaz talak yang dibuat sebelum ini adalah sah sekali gus membubarkan perkahwinan pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Aslam sebelum ini dilaporkan melafazkan cerai dan rujuk sebanyak dua kali sebelum pasangan itu kembali rujuk, menjadikan keputusan mahkamah kali ini sebagai penamat rasmi hubungan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

umisya2026-06-23 13:29:28

"Berhenti Ganggu Isteri Saya Iaitu Umisya Dan Anak-Anak" - Aslam

The post Marissa Dania Bercerai, Abby Abadi Gembira, Luah Rasa Syukur – “Alhamdulillah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved