Pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim meluahkan rasa reda selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan perkahwinannya dengan Ahmad Aslam telah berakhir.
Menurut Marissa, dia menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas ini.
View this post on Instagram
“Insya-Allah saya kuat. Saya okay dan reda. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Doakan saya,” ujarnya ringkas.
Marissa berkata demikian selepas prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Ahmad Aslam selepas ini serta sama ada mereka masih boleh berkawan meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, Marissa memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut.
Anak kepada pelakon Abby Abadi itu juga enggan berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perasaannya atau situasi yang dilaluinya selepas perceraian tersebut.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser mengesahkan pasangan berkenaan bukan lagi suami isteri selepas mahkamah membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautna di bawah.

"Ya Kami Sudah Tidak Tinggal Sebumbung" - Aslam Sakit Perut Di Mahkamah
The post Usai Perceraian, Marissa Dania Luah Rasa – “Saya Reda…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






