Pengajaran buat kami berdua, saya doakan terbaik buat Marissa – Aslam

23 Jun 2026 • 3:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan pempengaruh, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, dan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim, 21, kini secara rasmi sah bercerai.

Doakan yang terbaik

Image from: Pengajaran buat kami berdua, saya doakan terbaik buat Marissa – Aslam

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan oleh Hakim Syarie Nadia Khamis selepas prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas keputusan berkenaan, Aslam menyifatkan segala ketetapan mahkamah sepanjang proses perbicaraan sebagai yang terbaik.

“Saya harap orang ramai tidak lagi berkata apa-apa selepas ini terutama yang buruk dan negatif (tentang perpisahan mereka). Kadang-kadang perkara ini pun membabitkan isteri (pertama) saya, Umisya Mazlan dan anak-anak juga.
“Jadi, kali ini saya dan Marissa juga. Alhamdulillah Allah sudah beri keputusan yang insya-Allah terbaik untuk kita berdua dan saya minta tiada lagi perkara negatif yang timbul,” katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada empat anak itu memilih untuk tidak memperincikan jumlah talak yang telah dilafazkan terhadap Marissa.

“Tidak apalah, itu (jumlah talak) saya tak boleh nak ulas lebih lanjut dan tidak perlu. Apapun, insya-Allah saya doakan yang terbaik buat Marissa.
“Semoga apa yang sudah berlaku ini menjadi pengajaran buat kita berdua dan untuk semua orang yang tengok. Itu sahaja dan saya tidak ada apa-apa nak komen lagi, terima kasih,” jelasnya.

Image from: Pengajaran buat kami berdua, saya doakan terbaik buat Marissa – Aslam

Pada Mei tahun lalu, pasangan berkenaan hadir ke mahkamah bagi proses pengesahan pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan, ketika itu Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan, dan perkahwinan tersebut didakwa berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga termasuk ibu bapa Marissa iaitu pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sementara itu, Aslam yang diwakili peguam syarie Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri dilaporkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk terhadap Marissa pada awal Mac lalu.

Artikel lain: Mahkamah sahkan lafaz talak, Aslam dan Marissa sah berpisah

Terdahulu, peguam berkenaan memaklumkan bahawa anak guamnya pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali serta rujuk terhadap Marissa, masing-masing pada September 2024.

Aslam juga didakwa melafazkan cerai kali kedua terhadap Marissa pada April tahun lalu sebelum mereka kembali rujuk semula.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved