“Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai

Entertainment
23 Jun 2026 • 1:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas beberapa prosiding mahkamah, pempengaruh popular, Marissa Dania hari ini telah sah bercerai dengan suaminya Ahmad Aslam.

BACA: Peguam Sahkan Marissa Dania Dan Aslam Akhirnya Sah Bercerai

Perkara ini turut mendapat perhatian ibu Marissa Dania iaitu selebriti Abby Abadi. Menerusi Instagram Story, Abby dilihat berkongsi paparan daripada program Melodi yang memaklumkan bahawa Marissa dan Aslam kini bukan lagi pasangan suami isteri.

“Alhamdulilah” – Abby Abadi

Abby memberi respon ringkas iaitu Alhamdulillah sebagai tanda syukur dengan berita berkenaan.

marissa dania

Terdahulu, Marissa dan Aslam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Aslam sebelum ini turut mengesahkan bahawa dia dan Marissa sudah tidak lagi tinggal sebumbung sementara menunggu keputusan daripada pihak mahkamah.

Selepas keputusan dibuat, Aslam berharap perkara tersebut menjadi jalan terbaik untuk mereka berdua.

Dia turut meminta orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen buruk atau negatif kerana perkara itu turut melibatkan isterinya, Umisya Mazlan serta anak-anak.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan mereka sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya.

Pssttt! Reaksi ringkas kadangkala membawa pelbagai tafsiran, namun hanya Abby sendiri mengetahui maksud sebenar di sebalik perkongsian tersebut. Apa pun, semoga semua pihak diberi ketenangan untuk meneruskan kehidupan selepas keputusan ini.

Kredit: Instagram Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved