Marissa Dania temui pengganti? Gambar dengan model kacak jadi perhatian

EntertainmentLifestyle
18 Jul 2026 • 2:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama pempengaruh, Marissa Dania Hakim kembali menjadi perhatian apabila timbul dakwaan kononnya dia kini sedang menjalin hubungan dengan seorang model dikenali sebagai Munir.

Spekulasi itu mula hangat diperkatakan selepas netizen mendakwa kedua-duanya kerap berkongsi semula (repost) hantaran TikTok yang sama, sekali gus mencetuskan pelbagai andaian.

Kongsi gambar di Insta Story

Lebih menguatkan spekulasi, Munir baru-baru ini memuat naik foto Marissa di Instastory miliknya dengan meletakkan emoji hati berwarna putih.

Perkongsian itu kemudian tular di Threads dan mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang percaya Marissa sudah menemui cinta baharu.

“Okay sah! Marissa Dania dah ada cinta baru! Hensem daripada Aslam. Memang sepadan! Patutulah burung memilih terbang,” tulis pengguna Thread.

Image from: Marissa Dania temui pengganti? Gambar dengan model kacak jadi perhatian

Bagai pinang dibelah dua

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat model berkenaan lebih tampan berbanding bekas suami Marissa, Ahmad Aslam.

Image from: Marissa Dania temui pengganti? Gambar dengan model kacak jadi perhatian

Janji bukan suami orang

Image from: Marissa Dania temui pengganti? Gambar dengan model kacak jadi perhatian

Reti hormat orang tua

Image from: Marissa Dania temui pengganti? Gambar dengan model kacak jadi perhatian

Okaylah sepadan

Image from: Marissa Dania temui pengganti? Gambar dengan model kacak jadi perhatian

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan daripada Marissa mahupun Munir mengenai dakwaan hubungan mereka.

Terdahulu, perkahwinan Marissa dengan Ahmad Aslam pernah menjadi perhatian ramai apabila dia memilih untuk menjadi isteri kedua.

Namun, pasangan itu disahkan bukan lagi suami isteri pada 22 Jun lalu.

Untuk rekod, Marissa juga pernah melalui detik sukar apabila mengalami keguguran anak pertama ketika usia kandungan mencecah enam bulan pada Ogos 2024.

Sumber: Thread nadineaureli4

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved