Marissa Dania Didakwa Sudah Ada Pengganti, Lelaki Guna Gambar Siap Love Tersebar

18 Jul 2026 • 1:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Desas-desus mengenai kehidupan peribadi Marissa Dania kembali menjadi bualan netizen selepas beberapa gambar mula tular di media sosial. Kali ini, perhatian ramai tertumpu kepada dakwaan bahawa pempengaruh itu sudah menemui pengganti baharu.

Spekulasi tersebut mula hangat apabila seorang lelaki dikenali sebagai Munir Akhunov memuat naik beberapa foto yang memaparkan Marissa di akaun Instagram miliknya. Perkongsian itu terus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Guna gambar Marissa siap Love cetus spekulasi

Image from: Marissa Dania Didakwa Sudah Ada Pengganti, Lelaki Guna Gambar Siap Love Tersebar

Hantaran yang dimuat naik Munir dilihat seolah-olah menunjukkan mereka meluangkan masa bersama. Perkara itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa Marissa kini sedang mengenali seseorang.

Malah, netizen turut menyedari Munir mengikuti akaun Instagram ibu Marissa iaitu pelakon Abby Abadi, sekali gus menambah lagi tanda tanya mengenai hubungan mereka.

Marissa dania ig

Sebelum ini, nama Marissa kembali menjadi bualan selepas didakwa sudah menemui pengganti baharu. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, Marissa disahkan bercerai dengan pempengaruh Ahmad Aslam selepas rumah tangga mereka menjadi perhatian ramai.

Marissa dan Aslam berpisah

Marissa Dania dan Aslam

Kemelut rumah tangga Marissa mula mendapat perhatian apabila dia dilaporkan berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua kerana Ahmad Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan.

The post Marissa Dania Didakwa Sudah Ada Pengganti, Lelaki Guna Gambar Siap Love Tersebar appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved