Mark Zuckerberg Pernah Membincangkan Kebarangkalian Untuk Ambil-Alih Runway AI

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama pihak Runway AI dalam kebarangkalian atau potensi untuk diambil-alih. Ia dikatakan Meta telah membincangkan kebarangkalian pengambil-alihan ini sebelum melabur pada Scale AI.

Runway AI merupakan salah satu syarikat kecerdasan buatan janaan yang memfokuskan kepada penghasilan video. Sejumlah pihak sedia menggunakan Runway, dan hasil janaannya juga adalah agak baik.

Buat masa ini, ia dikatakan perbincangan tidak diteruskan oleh kedua-dua pihak. Namun, laporan baharu ini memperlihatkan Mark Zuckerberg agak agresif dalam pengambil-alihan syarikat AI atau berusaha mendapatkan bakat-bakat dan kepakaran dalam AI untuk terus memacu pembangunan Meta AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved