Maryam akui pilih Islam kerana keyakinan sendiri, bukan paksaan

30 Jul 2026 • 5:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Maryam isteri Ryzal Ibrahim berkongsi pengalaman dan keyakinannya terhadap Islam di media sosial.

Pempengaruh media sosial, Maryam yang juga isteri kepada pempengaruh Ryzal Ibrahim, berkongsi pengalaman peribadinya apabila ditanya seorang rakan dari Korea mengenai keyakinannya terhadap agama Islam.

Menerusi perkongsian di media sosial, Maryam berkata dia mengakui kepercayaannya terhadap Islam ketika berkongsi perbualannya bersama seorang rakan dari Korea yang ingin mengetahui pegangan agamanya.

Menurut Maryam, apabila mengenang kembali perjalanan hidupnya, beliau menyedari terlalu banyak perkara yang berlaku dirasakan tidak mungkin terjadi tanpa pertolongan Allah SWT.

Katanya, keyakinan terhadap pertolongan Allah menjadi antara sebab utama dia memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Image from: Maryam akui pilih Islam kerana keyakinan sendiri, bukan paksaan

Maryam menjelaskan keputusan mengikuti Islam bukan disebabkan paksaan atau pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya lahir daripada keinginannya sendiri untuk menjalani kehidupan dengan penuh rasa syukur terhadap segala nikmat yang diberikan Allah.

“Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi,” katanya.

Baca juga:
Image from: Maryam akui pilih Islam kerana keyakinan sendiri, bukan paksaan
Maryam dan rakan-rakan

Dalam pada itu, Maryam turut meluahkan rasa syukur apabila rakan-rakannya menunjukkan minat untuk memahami kehidupan dan pegangan agamanya selepas perubahan tersebut.

Menurutnya, perkara paling menggembirakan baginya adalah apabila mereka benar-benar ingin mengetahui serta memahami perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim.

The post Maryam akui pilih Islam kerana keyakinan sendiri, bukan paksaan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved