”Masa Cari Nafkah Boleh Dimuktamadkan Sebagai Mati Syahid” – PU Amin

10 Sep 2026 • 10:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebuah tragedi menyayat hati berlaku apabila sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada Selasa lalu.

Menurut laporan mStar, kejadian itu meragut nyawa lima mangsa yang ketika itu sedang menjalankan tugasan.

PU Amin jelaskan tentang mati syahid

Image from: ”Masa Cari Nafkah Boleh Dimuktamadkan Sebagai Mati Syahid” – PU Amin

Dalam satu perkongsian, seorang pendakwah menjelaskan bahawa kedudukan seseorang yang meninggal dunia sebagai syahid boleh dilihat berdasarkan jenis pekerjaan dan punca kematian.

Tengok kepada jenis pekerjaannya dan jenis kematian. Mati syahid selain daripada berperang, Nabi Muhammad SAW menyebut dalam hadis, mati lemas. Contohnya ketika sedang bekerja, lemas… mati syahid.

Kedua, mati terbakar. Ketiga, penyakit taun atau penyakit dalam perut. Keempat, bekerja dan meninggal akibat ditimpa bangunan, dinding… mati syahid.

Mati syahid ni mendapat pahala di akhirat, sebab kematian yang lain daripada yang lain,” terang beliau.

Lima mangsa dalam tragedi helikopter

Image from: ”Masa Cari Nafkah Boleh Dimuktamadkan Sebagai Mati Syahid” – PU Amin

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi FDS ketika kejadian.

Lima mangsa yang dikenal pasti ialah Kapten Zainol Afriq, pegawai perubatan Dr Ainul Baroah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

Tragedi ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan sekerja serta mereka yang mengenali kelima-lima mangsa.

Nota Oh! Media:
Semoga Allah SWT merahmati kesemua mangsa dan menempatkan mereka dalam kalangan orang yang beroleh rahmat-Nya. Al-Fatihah.


Sumber: mStar
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post ”Masa Cari Nafkah Boleh Dimuktamadkan Sebagai Mati Syahid” – PU Amin appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved