Masih sesak naik, turun Genting Highlands, guna sahaja kereta kabel

LocalTravel
17 Aug 2026 • 6:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Masih sesak naik, turun Genting Highlands, guna sahaja kereta kabel

PETALING JAYA – Pengunjung yang mahu menuju atau meninggalkan Genting Highlands hari ini dinasihatkan menggunakan perkhidmatan kereta kabel susulan kesesakan lalu lintas yang masih teruk di laluan utama kawasan peranginan itu.

Situasi berkenaan menyebabkan perjalanan turun dari Genting Highlands mengambil masa sehingga lebih dua jam, malah ada pengunjung mendakwa masih ‘tersangkut’ dalam kesesakan selepas sejam perjalanan.

Sementara itu, pengguna @Faridaspar mendakwa perjalanan turun mengambil masa sehingga dua jam 30 minit susulan kesesakan luar biasa berkenaan.

Menurutnya, aplikasi navigasi menunjukkan perjalanan dari Genting Highlands menuju Batu Caves mengambil masa kira-kira dua jam 12 minit bagi jarak sekitar 41 kilometer.

“Dua jam 30 minit tidak kurang masa hendak turun. Memang kasihan kepada mereka yang bekerja sebagai pemandu e-hailing atau penghantar barangan,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @_Amelianatasya turut berkongsi rakaman yang menunjukkan deretan kenderaan memenuhi laluan turun dari Genting Highlands.

“Kemas kini jalan semasa, jalan nak turun masih sesak teruk. Bertabahlah semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengguna @Naddynsham menyarankan pengunjung yang mahu ke kawasan puncak supaya meninggalkan kenderaan di Genting Highlands Premium Outlets sebelum meneruskan perjalanan menggunakan kereta kabel.

“Mahu naik atas, parkir sahaja di Premium Outlet dan naik kereta kabel,” katanya.

Terdahulu, media sosial turut kecoh selepas tular dakwaan sebuah kedai emas di Genting Highlands dirompak sehingga kawasan peranginan itu dikatakan dikenakan sekatan pergerakan sementara, hari ini.

Dakwaan tersebut dikongsikan pengguna Threads dikenali sebagai @J00raaaa menerusi satu hantaran yang turut memuat naik rakaman video suasana di sebuah pusat beli-belah di kawasan berkenaan.

Rakaman itu memaparkan dua individu berpakaian hitam melarikan sebuah beg guni besar di dalam pusat beli-belah terbabit, namun tidak menunjukkan kejadian rompakan secara langsung. – KOSMO! ONLINE

The post Masih sesak naik, turun Genting Highlands, guna sahaja kereta kabel appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved