“Polis ramai merata tempat” – Genting Highlands Alami Sesak Teruk, Tular Dakwaan Kedai Emas Dirompak

17 Aug 2026 • 5:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

genting highlands kes rompak

Pusat peranginan popular Genting Highlands hari ini kecoh apabila gempar mengenai satu kejadian rompakan membabitkan sebuah kedai emas di dalam pusat beli-belah di sana.

Dakwaan berkenaan mula tular di lamann Threads, selepas beberapa pengunjung berkongsi maklumat dan rakaman video yang menunjukkan keadaan semasa di lokasi kejadian.

Menurut seorang pengunjung, insiden itu telah menyebabkan kawasan peranginan tersebut dikenakan sekatan pergerakan sementara oleh pihak berkuasa yang terlibat bagi mengesan suspek.

 

View on Threads

 

Pengunjung yang berada di lokasi turut memaklumkan pergerakan keluar dari kawasan peranginan berkenaan disekat seketika bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

Ekoran insiden berkenaan, laluan keluar dan arah turun dari Genting Highlands mengalami kesesakan teruk.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: Selamba… 2 Lelaki Bawa Beg ‘E-hailing’ Larikan 15 Dulang Barang Kemas Bernilai RM60,000

Artikel berkaitan: Pemandu E-hailing ‘Pening’! Pelancong Asing Berdegil Nak Bayar Tambang Guna Rupee

Ada yang mendakwa terperangkap di dalam kenderaan masing-masing selama hampir dua jam akibat sekatan jalan raya oleh pihak polis.

Pihak berkuasa dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan termasuk bahagian bonet ketika melalui sekatan jalan raya.

Polis sahkan kejadian rompak

Menerusi perkembangan baharu, polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan yang dipercayai berlaku tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.

Sumber: Threads, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved