Masih tiada penyingkiran, 10 peserta KES26 mara ke minggu ketiga

LocalEntertainment
30 Aug 2026 • 2:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Masih tiada penyingkiran, 10 peserta KES26 mara ke minggu ketiga

SHAH ALAM: Tiada penyingkiran pada Konsert Minggu Kedua Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26), sekali gus menyaksikan kesemua 10 peserta terus diberi peluang untuk melangkah ke minggu ketiga program berkenaan.

Keputusan yang diumumkan pada Konsert Minggu Kedua, malam tadi menyaksikan Datuk Ahmad Tamimi Siregar muncul peserta dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 73.98 peratus.

Kemudian diikuti Dato’ Jalaludin Hassan dengan 64.31 peratus, manakala Zila Bakarin menduduki tempat ketiga dengan 62.93 peratus.

Amyza Aznan pula mengumpul 61.95 peratus untuk berada di tempat keempat, diikuti Rahhim Omar (59.29 peratus), Fazlina Ahmad Daud (55.03 peratus), Khaty Azian (54.91 peratus), Rashdan Baba (53.48 peratus), Maria Tunku Sabri (49.06 peratus) dan Mubarak Majid (45.06 peratus).

Keputusan itu menyaksikan Mubarak yang berada di kedudukan tercorot masih berpeluang meneruskan saingan apabila tiada peserta diumumkan tersingkir minggu ini.

Dalam pada itu, Zila turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai penerima Emas Berkilau Of The Week bagi minggu kedua.

Pengiktirafan berkenaan melayakkan Zila menerima wang tunai RM2,000, namun penyanyi dan pelakon itu memilih untuk menyerahkan wang berkenaan kepada Mariam Ahmad yang kini menghidap pelbagai penyakit.

Tindakan tersebut sekali gus menyerlahkan sisi prihatin Zila, selain menjadikan penyertaannya dalam KES26 bukan sekadar medan persaingan bakat, tetapi turut memberi ruang kepada peserta menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Kesemua peserta KES26 dinilai barisan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse, manakala Datuk Ramli MS tampil sebagai juri jemputan. -UTUSAN

The post Masih tiada penyingkiran, 10 peserta KES26 mara ke minggu ketiga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved