Masjid Al Muhajirin Sediakan Jaket Elak Gangguan Visual Ketika Solat

21 Feb 2026 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Masjid Al Muhajirin di Indera Mahkota 5 menerima pujian warganet susulan inisiatif pihak pengurusannya menyediakan jaket solat untuk jemaah lelaki yang hadir memakai kemeja-T dengan visual yang boleh mengganggu tumpuan ketika solat.

Inisiatif tersebut dikongsikan oleh seorang individu menerusi akaun Threads, zhrfsohod, baru-baru ini.

image is not available

Menerusi perkongsian tersebut, pihak masjid berkenaan telah menyediakan notis pemberitahuan mengenai jaket solat yang disediakan khas untuk jemaah lelaki masjid itu.

Jika anda rasa baju anda mengganggu solat jemaah di sekeliling, sila pakai jaket solat yang telah disediakan oleh pihak masjid,” – Masjid Al Muhajirin Indera Mahkota 5.

Jaket solat ini disediakan khas untuk mana-mana jemaah yang memakai baju yang mempunyai banyak tulisan atau visual yang boleh mengganggu kekhusyukan solat jemaah lain.

Sumber: Threads zhrfsohod

Sumber: Threads zhrfsohod

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.