‘Masjid banjir’ tetap laksana solat Jumaat

6 Nov 2026 • 1:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Masjid banjir’ tetap laksana solat Jumaat

KUALA SELANGOR – Masjid At Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields di sini tetap mengadakan solat Jumaat hari ini walaupun dinaiki air dalam kejadian banjir lumpur kelmarin.

Kerja-kerja pembersihan di masjid itu dilaksanakan pihak pengurusan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) yang menghantar beberapa pekerja dan peralatan ‘water jet’ untuk membersihkan lumpur yang menenggelamkan bahagian dalam masjid.

Masjid yang mendapat jolokan ‘masjid banjir’ itu sudah tujuh kali dilanda banjir lumpur.

Pengerusi masjid, Dr. Masrom Mohd. Khair berkata beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut turun padang membantu membersihkan masjid terutama di kawasan perkarangan dan dalam masjid.

“Biarpun terdapat ramalan cuaca bahawa banjir akan berulang, namun pihak pengurusan masjid tetap meneruskan solat berjemaah bermula semalam.

“Seramai 13 hingga 14 ahli jawatan kuasa (AJK) masjid sudah membersihkan kawasan solat utama. Bagaimanapun, pihak masjid mengambil langkah untuk tidak memasang permaidani bagi mengelak ia rosak akibat banjir,” katanya hari ini.

Image from: ‘Masjid banjir’ tetap laksana solat Jumaat
Keadaan di dalam Masjid At Taufiqiah ketika dilanda banjir kelmarin.

Menurut Masrom, pihak masjid turut meminta para jemaah yang hadir supaya membawa sejadah masing-masing.

Katanya, pihak pengurusan masjid turut memaklumkan solat subuh kembali diadakan pagi semalam dan solat Jumaat tetap diteruskan hari ini dengan kapasiti yang sangat terhad.

“Bagi mematuhi syarat sah solat Jumaat dalam keadaan terhad ini, pihak masjid menetapkan sasaran kehadiran seramai 40 hingga 50 orang.

“Pihak pengurusan turut memohon maaf kepada jemaah yang terpaksa menunaikan solat di luar kebiasaan dan menyarankan penduduk menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran,” katanya.

Sementara itu Setiausaha masjid, Mohd. Fazlizam Lod berkata, aktiviti gotong-royong turut dilakukan hari ini membabitkan pihak jabatan agama serta pelbagai NGO.

Beliau bagaimanapun bersyukur berikutan hujan lebat petang semalam tidak mencetuskan tragedi banjir besar seperti kelmarin.

 

The post ‘Masjid banjir’ tetap laksana solat Jumaat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved