‘Jangan ejek Selangor…kami pernah tolong negeri lain yang banjir’

6 Nov 2026 • 1:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Jangan ejek Selangor…kami pernah tolong negeri lain yang banjir’

PETALING JAYA – “Kau orang..jangan ejek kami di Selangor ni apabila ditimpa musibah banjir.”

Itu luahan seorang penduduk Selangor menerusi satu hantaran di media sosial yang meminta segelintir pihak supaya tidak memperlekehkan nasib penduduk di negeri itu ketika berdepan bencana banjir.

Menurutnya, kumpulan pacuan empat roda (4×4) dari Selangor sebelum ini pernah turun membantu mangsa banjir di negeri-negeri lain yang turut dilanda bencana sama.

“Suatu ketika dahulu kami geng 4×4 pernah hadir ke negeri-negeri ditimpa musibah banjir untuk memberikan bantuan dan pertolongan.

“Mohon doakan kami baik-baik je. Amin…,” katanya yang menggunakan profil Mohammad Haris Baharudin di media sosial, semalam.

“Mental manusia yang mengejek agaknya ni. Kau orang datang Selangor cari rezeki, tak sedar,” ujar @Nora Zainal.

“Saya bersimpati dengan nasib mangsa banjir bukan sahaja di Selangor, tapi seluruh negara,” komen @Zanzuri Mohamad.

“Bertabahlah Selangorku,” kata @Arif Masrom. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jangan ejek Selangor…kami pernah tolong negeri lain yang banjir’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved