
Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, terpaksa akur pulang awal selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Minoru Koga, dalam perlawanan pusingan kelayakan, Kejohanan Badminton Masters Jepun 2026 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, sebentar tadi.
Wakil negara di ranking ke-40 dunia itu tewas menerusi aksi straight set, 15-21,10-21, dalam tempoh 32 minit di kejohanan berstatus Super 500 itu.
Kumamoto Masters Japan 2026 MS - Qual. QF 21 21 🇯🇵Minoru KOGA🏅 15 10 🇲🇾LEE Zii Jia 🕚 in 32 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 10, 2026
Sementara itu, dalam satu lagi aksi kelayakan menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Chia Weijie-Teo Ee Yi, menewaskan wakil China, Lin Xiang Yi-Zeng Wei Han, dalam aksi straight set, 21-15,21-18.






![[VIDEO] Pertikaian Zii Jia, ahli keluarga selesai cara baik](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-20-at-12.40.33-PM-1024x682.jpeg)