Mastura beri kata semangat buat Hannah Yeoh

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 3:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mastura beri kata semangat buat Hannah Yeoh

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid memberi kata semangat buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh susulan isu perceraian yang sedang dihadapinya.

Menurutnya, sepanjang mengenali Hannah ketika menjadi Ahli Parlimen, mereka pernah berdebat dan bertukar pandangan mengenai kepentingan serta masa depan wanita di Malaysia.

“Walaupun ideologi politik kami berbeza, dalam soal kepentingan dan masa depan wanita Malaysia, kami pernah berdebat, bertukar pandangan dan ada kalanya menemui titik persetujuan yang merentasi sempadan politik,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram.

Mastura berkata, sebagai ahli politik wanita yang turut melalui kerasnya dunia politik dan kepimpinan, beliau memahami cabaran dihadapi seseorang bukan sesuatu yang mudah.

“Apa pun sebab di sebalik perceraian beliau dan suami, tiada siapa berhak menghukum atau mengadili sebuah kehidupan yang tidak kita jalani dan luka yang tidak kita rasai,” katanya.

Kelmarin, Hannah melalui hantaran di media sosial mengesahkan penceraiannya pada tahun ini selepas melayari bahtera perkahwinan selama 18 tahun.

Dalam pada itu Mastura turut menyeru orang ramai supaya mengutamakan belas ihsan berbanding perbezaan politik ketika seseorang sedang berhadapan dengan ujian peribadi.

Katanya, ruang sewajarnya perlu diberikan kepada Hannah dan keluarganya tanpa melemparkan sindiran, andaian atau kata-kata yang boleh menambahkan kesedihan.

“Dunia politik sudah cukup keras, apatah lagi apabila media sosial menjadi medan perbicaraan tanpa henti dan tanpa sempadan.

“Hannah, saya doakan anda dan dua anak perempuan diberikan kekuatan, ketenangan dan segala yang terbaik dalam meneruskan kehidupan. Jaga diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Mastura beri kata semangat buat Hannah Yeoh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved