Masuk Syawal terus terlajak makan

Health & FitnessLifestyle
27 Mar 2026 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Walaupun pelbagai juadah dihidangkan semasa Aidilfitri namun kesihatan diri perlu diutamakan. Gambar hiasan

RAYA baru seminggu, tidak terlewat rasanya Merak Jalanan ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua. Tentunya hari raya kali ini memberi makna tersendiri selepas berjuang sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Apapun, fasa selepas Aidilfitri ini adalah medan ujian juga buat kita. Selain pengurusan kewangan serta perbelanjaan, kita juga jangan lupa menitikberatkan soal kesihatan.

Merak Jalanan sering ditanya mengenai kawalan pemakanan selepas bulan puasa. Ya lah, kadang-kadang kita seperti mahu balas dendam tak dapat makan waktu siang sebelum ini.

Melihat perkongsian media sosial bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kembali masuk pejabat selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara baru-baru ini, beliau memang walk the talk. Daripada bab menjaga kesihatan dalam usia lebih 100 tahun, hinggalah komitmen kerja yang berterusan.

Merak Jalanan kagum dengan semangat negarawan kita ini. Ketepikan soal ideologi politik, beliau menunjukkan contoh seorang doktor yang baik dalam soal menjaga kesihatan serta kecergasan.

Ini memberi gambaran kepada kita yang jauh lebih muda ini untuk sentiasa jaga makan dan tak 'bedal' ikut suka sepanjang Syawal ini. Kita kena ingat, punca penyakit antaranya ialah apa yang kita makan. Jadi berpada-padalah.

Pastikan kesihatan badan berada pada tahap optimum untuk kita teruskan fasa kehidupan selepas Syawal yang tentunya ada cabaran tersendiri. Apa yang kita lalui selama 30 hari berpuasa itu sepatutnya mengubah kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Paling tidak pun, janganlah sampai kita terlalu enjoy makan sampai tak ingat dunia. Nanti elok-elok beraya di rumah, terpaksa terima pelawat di hospital pula.