Sissy Imann dedah tokwan suami jadi inspirasi hidup, usia 94 tahun masih menimba ilmu – 'Raya bukan sekadar jumpa keluarga'

27 Mar 2026 • 12:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RAYA bukan sahaja tentang juadah, baju baru atau bersalaman dengan keluarga. 

Bagi penyanyi Sissy Imann, Syawal kali ini membawa makna yang lebih mendalam apabila berpeluang bertemu dengan tokwan kepada suaminya, yang kini boleh dia panggil sebagai 'tokwan sendiri'.

“Ok, hari ini I nak cerita sikit pasal tokwan Zamir that I can now call my own Tokwan,” kongsi Sissy penuh teruja. 

Pertemuan itu menjadi momen istimewa apabila Sissy dapat menyelami perjalanan hidup seorang wanita luar biasa.

Perbualan Sissy dengan Zamir mengenai Tokwan bermula dengan pengakuan Zamir: “Sebagai cucu I, malu tau dengan Tokwan."

Sissy yang ingin tahu terus bertanya, “Kenapa pulak?” 

image is not available

Barulah Zamir menceritakan bagaimana kuatnya semangat tokwan dalam mengejar ilmu.

Tokwan bersara sebagai guru besar, namun semangatnya tidak pernah padam. Pada usia 87 tahun, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Islamic Studies selama empat tahun, akhirnya berjaya menamatkan ijazah sarjana muda. 

“It made me realize why Zamir is so passionate about learning, he’s just like his tokwan,” kata Sissy mengimbau detik itu.

Raya ini memberi peluang kepada Sissy mendengar sendiri cerita cabaran yang ditempuh tokwan semasa menuntut ilmu.

image is not available

 “Masha-ALLAH tabarakAllah, very inspiring,” ujar Sissy. 

Pada usia 94 tahun kini, tokwan masih membaca dan mengejar ilmu pengetahuan tanpa henti, menjadi contoh bahawa usia bukan penghalang untuk terus berkembang.

Sissy menambah, "Many grow older, but not all grow wiser. Tokwan chose to do both, gracefully," ungkapnya lagi.

Momen ini membuatkan Syawal Sissy lebih bermakna, bukan sekadar berjumpa keluarga, tetapi bertemu inspirasi hidup yang nyata.