Mat Salleh Terkejut, Peniaga Bazar Ramadan Jual Nasi Lemak RM1

LocalFood
19 Mar 2024 • 10:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki ‘mat salleh’ terkejut apabila mendapati terdapat peniaga di bazar Ramadan yang jual nasi lemak dengan harga RM1.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @brent.timm.travel telah memuat naik satu video memaparkan sebuah gerai yang menjual nasi lemak dengan harga tak masuk akal di bazar Ramadan Prangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang.

@brent.timm.travel

This was seriously the cheapest meal I’ve ever had anywhere in the world! I’m still in shock at the price, but this was really delicious! #nasilemak #ramadan #streetfood #malaysia #penang #ramadanmubarak

♬ original sound – Brent Timm Travel

“Nasi lemak dengan harga RM1? Ini tak masuk akal. RM1 bersamaan dengan AS$0.20. Apa yang sedang berlaku ni?” katanya.

Bagi memastikan perkara itu, lelaki yang dikenali sebagai Brent Timm itu bertanya kepada salah seorang peniaga di gerai tersebut.

image is not available

“Ya, hanya RM1, sebab ini adalah Malaysia,” ujar peniaga tersebut.

Pada masa yang sama, Brent juga bertanya sama ada peniaga itu mendapat sebarang keuntungan dengan menjual nasi lemak dengan harga yang begitu rendah.

Menurut salah seorang peniaga itu, mereka menjual nasi lemak dengan harga RM1 bersempena dengan sambutan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Brent juga telah membeli satu bungkus nasi lemak dan menurutnya hidangan itu lengkap dengan bahan-bahannya seperti telur, ikan bilis dan sambal.

image is not available

“Saya tak percaya saya akan dapat nasi lemak dengan harga RM1. Ini tak masuk akal.

“Ini adalah hidangan termurah yang saya pernah dapat di mana-mana tempat di dunia. Hanya AS$0.20!

“Hidangan lain pun nampak sangat sedap dan segar,” luahnya.

Sebelum meninggalkan gerai itu, Brent menghulurkan wang kertas RM3 kepada peniaga di gerai itu untuk disedekahkan kepada pelanggan lain sempena bulan Ramadan.

Peniaga bazar Ramadan jual nasi lemak RM1

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan peniaga tersebut kerana menjual makanan dengan harga yang sangat murah.

Besar pahala penjual tu

image is not available

Penjual yang baik

image is not available

Terbaikk

image is not available

Saya kena datang sana

image is not available

Memang terbaik la peniaga macam ni, moga dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok @brent.timm.travel