“Mana daging weh?” – Individu Kecewa Beli Martabak Daging Dapat ‘Extra’ Bawang

Entertainment
19 Mar 2024 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun kita dah puasa lebih dari seminggu, isu tentang makanan di bazar Ramadan masih menjadi bualan ramai. Sebelum ini, ada pelanggan yang mengadu mendapat kuih yang keras, nasi basi dan sebagainya.

Terbaharu, ada peniaga yang didakwa tidak jujur kerana menjual martabak daging yang indah khabar dari rupa. Hantaran video oleh @wawawani7 membuktikan masih ada peniaga yang bersikap sebegitu.

Order martabak daging dapat..

Setiap tahun, pasti orang ramai menantikan salah satu juadah popular bazar Ramadan iaitu martabak. Mereka juga mengharapkan inti martabak itu penuh dan semestinya sedap.

Pun begitu, pengguna di TikTok itu meluahkan rasa kecewa kerana martabak daging yang dibelinya di bazar Ramadan tidak seperti rupa makanan tersebut. Nampak seperti martabak biasa namun intinya hanya penuh dengan bawang dan telur.

Mana daging weh? Kata martabak daging ini martabak bawang!

Di kapsyen video, dia menganggap martabak yang dipesan adalah inti daging namun yang dapat hanyalah extra bawang.

Tak sangka beli martabak daging dapat extra bawang.

“Lebih rela beli martabak kedai mamak..”

Ramai warganet di ruangan komen kesal dengan peniaga yang tidak jujur itu. Ada yang rela membeli martabak di kedai mamak yang pasti tidak akan ditipu.

image is not available

Selain itu, ada yang memerli segelintir peniaga yang sengaja menaikkan harga martabak kerana harga bawang semakin mahal.

image is not available

Kecewanya dapat macam ni..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.