Mata kemerahan, Syatilla Melvin diserang virus misteri – “Badan lembik tiada tenaga”

Entertainment
30 May 2024 • 9:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Syatilla Melvin

Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan keadaan kesihatannya tidak begitu baik apabila kedua-dua belah matanya kemerahan, cirit birit dan muntah hingga menjejaskan aktiviti hariannya.

Perkara tersebut dimaklumkan Syatilla menerusi hantaran di Instagramnya dan perkara tersebut mendapat perhatian warganet di media sosial.

Susulan itu, isteri kepada aktor Shaheizy Sam memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas panggilan dan mesej atas masalah yang dihadapi.

Syatilla Melvin

image is not available

“Tilla sakit mata plus muntah-muntah, cirit birit dah seminggu. Akibat pressure muntah, mata jadi mcm ni. Siapa pernah?

“Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tak buka reply wasap apa pun sebab tilla lembik tak ada tenaga. Anak-anak pun sama. Hari ini baru boleh senyum sikit,” ujarnya.

Aktres yang berusia 33 tahun itu beranggapan kejadian yang menimpa dirinya adalah satu dugaan.

“Dua minggu badan memang betul-betul tak best. Entah virus apa yang seronok sangat nak berkawan dengan aku,” katanya lagi.

Syatilla Melvin

image is not available

image is not available

Ada netizen yang kongsi hidap masalah yang sama

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen terutamanya dalam kalangan wanita berkongsi pengalaman mereka alami situasi dan masalah yang sama seperti Syatilla.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen doakan Syatilla kembali sihat!

Sementara itu, ramai yang mendoakan agar Syatilla kembali sihat seperti sedia kala dan berharap masalah kesihatan yang dialaminya segera pulih.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Syatilla Melvin