“Hampir seminggu muntah & cirit-birit” – Shaheizy Sam Dedah Satu Keluarga Sakit, Tak Tahu Punca

Entertainment
30 May 2024 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon terkenal Shaheizy Sam memaklumkan keluarganya berada dalam keadaan tidak sihat selepas isterinya Syatilla Melvin berkongsi sebuah foto menunjukkan matanya kemerahan.

Sam menyatakan hampir seminggu mereka diserang sakit dengan mengalami muntah dan cirit-birit tetapi tidak mengetahui puncanya, lapor Kosmo!.

Menurut Sam, pada awalnya anak-anak perempuannya yang jatuh sakit dan kemudian menjangkiti dia dan isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

“Awalnya anak-anak perempuan Sarima dan Salama yang sakit muntah-muntah dan cirit-birit.

“Syatilla pula sebelum demam, mata sudah tidak selesa, gatal dan berair serta rasa kabur. Selepas mata dia mula nak okey, sehari selepas anak-anak demam, Syatilla pula demam.

“Bila sudah mula muntah-muntah, mata Syatilla yang sebelum itu mula okey menjadi merah seperti pembuluh mata pecah,” ujar Sam.

image is not available

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, mereka sekeluarga mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan dengan rumah.

“Kami sudah pergi ke hospital. Alhamdulillah tidak ada virus yang membimbangkan seperti kencing tikus atau denggi.

“Jangkaan saya mungkin terkena rotavirus, tetapi doktor tidak pula cakap virus itu. Jadinya, kami ke hospital untuk menjalani pemeriksaan darah dan juga ambil drip air supaya tidak dehidrasi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Sam yang merupakan orang terakhir berjangkit bersyukur kerana anak sulungnya, Syeriv memiliki imun yang kuat.

Dalam pada itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan keluarganya.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.