Muntah & cirit-birit seminggu, foto mata Syatilla merah menyala jadi perhatian

Entertainment
30 May 2024 • 12:42 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON dan usahawan Syatilla Melvin berkongsi keadaan diri yang mana mata kirinya merah menyala susulan masalah kesihatan yang sedang dihadapi.

Pendedahan pemilik nama Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin itu mengejutkan warga maya.

““Tilla sakit mata, muntah-muntah, cirit-birit sudah seminggu. Akibat ‘pressure’ muntah, mata jadi macam ni. Siapa pernah alami?

image is not available

Dalam pada itu, isteri kesayangan aktor Shaheizy Sam itu memberitahu, situasi tersebut menyebabkan beliau tidak dapat berkomunikasi di laman sosial.

“Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tidak membuka mahupun membalas WhatsApp kerana Tilla lembik tak ada energy.

image is not available

 

“Anak-anak pun sama. Hari ini baru boleh senyum sikit,” katanya.

Rupanya masalah yang dihadapi finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu turut dihadapi warganet.

image is not available

Rata-rata berkongsi keadaan yang sama dialami semasa batuk atau muntah yang berterusan dalam tempoh lama.

Ujar mereka:

“Pernah alaminya ketika batuk teruk. Get well soon Tilla!”

“Ibu saya pernah terkena mata begini akibat muntah. Doktor periksa katanya luka dalam mata dan akan mengambil masa untuk pulih. Doktor bekalkan ubat titis.”

“Jangan risau, insya-ALLAH dalam dua minggu ia akan Surut. Saya pernah kena kerana batuk kering selepas balik umrah. Moga Tilla cepat sembuh.”

“Ingatkan konjunktivitis. Rupanya subconjunctival hemorrhage.. First time dengar muntah sampai mata merah begini. Semoga cepat sembuh.”

“Saya ada pernah sejarah ini. Doktor pesan tuam mata dengan kain dicelup air kerana pembuluh darah mata paling kecil and sensitif. Insya-ALLAH akan sembuh.”

5 info subconjunctival hemorrhage

Menurut Mayoclinic, keadaan yang dihadapi Syatilla ini berlaku apabila saluran darah kecil pecah tepat di bawah permukaan mata.

Berikut lima info ringkas anda perlu tahu:

image is not available

1-Keadaan ini menyebabkan bahagian putih mata bertukar warna kepada merah terang.

2-Sama seperti mengalami lebam pada kulit, konjunktiva tidak dapat menyerap darah dengan cepat menyebabkan darah terperangkap.

3-Anda mungkin tidak menyedari bahawa mengalami pendarahan subconjunctival ini sehingga melihatnya menerusi cermin.

4-Pendarahan subconjunctival sering berlaku tanpa sebarang bahaya yang jelas kepada mata anda. Malah bersin atau batuk yang kuat boleh menyebabkan saluran darah pecah di mata.

5-Anda tidak perlu merawatnya kerana biasanya keadaan itu tidak berbahaya. Ia akan hilang sendirinya dalam masa dua minggu atau lebih.

Walau apa pun, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor jika pendarahan subconjunctival berulang atau mengalami pendarahan lain.

Sumber: Mayoclinic

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!