Matahari tak nampak, Timor Leste tutup sekolah

WorldEnvironment
15 Oct 2026 • 1:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Matahari tak nampak, Timor Leste  tutup sekolah

DILI – Timor Leste menutup sekolah selama tiga hari bermula hari ini berikutan  jerebu tebal yang melanda akibat kebakaran hutan di negara jirannya, Indonesia.

Di ibu negara,  Dili,  orang ramai keluar seperti biasa di bawah langit berwarna jingga tetapi tetapi kebanyakan mereka memakai pelitup muka seperti dinasihatkan oleh kerajaan pada hari sebelumnya.

Penduduk menyambut baik keputusan itu, walaupun mereka berkata,  pencemaran udara adalah lebih buruk awal minggu ini.

“Sejak kebelakangan ini, pencemaran udara di Dili sangat teruk.

“Kita tidak dapat melihat  matahari, asap jerebu sangat tebal,” kata bidan berusia 30 tahun, Sonya da Costa Soares kepada AFP.

Walaupun anaknya masih terlalu kecil untuk bersekolah, Sonya berkata,  keputusan untuk membiarkan pelajar kekal di rumah adalah ‘sangat penting supaya kanak-kanak tidak terdedah kepada bahaya.’

Indonesia mengalami kebakaran hutan secara berkala semasa musim kemarau, tetapi tahun ini kebakaran sangat teruk disebabkan fenomena cuaca kering El Nino yang sangat kuat menyebabkan kemarau.

Kebakaran hutan dan tanah gambut telah memusnahkan ratusan ribu hektar hutan dan ladang di Pulau Sumatra, Borneo dan Papua, serta menyebabkan pencemaran udara melonjak di peringkat tempatan, selain di Malaysia, Singapura, Filipina dan Timor Leste.

Kerajaan Timor Leste berkata semalam bahawa adalah perlu untuk menutup sekolah ‘bagi melindungi kesihatan pelajar, guru dan ahli komuniti pendidikan lain memandangkan keadaan kualiti udara semasa’.

Kerajaan menggesa keluarga supaya memastikan anak-anak kekal di dalam rumah dan menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka sekiranya keluar. – AFP

 

The post Matahari tak nampak, Timor Leste tutup sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved