Warga emas maut dipijak gajah ketika cari lembu hilang

9 Sep 2026 • 8:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas maut dipijak gajah ketika cari lembu hilang
Mayat ditutupi kain selepas maut diserang gajah. Mereka terserempak seekor gajah ketika mencari lembu. FOTO: Facebook Hilmi Abdullah
Image from: Warga emas maut dipijak gajah ketika cari lembu hilang
Mayat mangsa yang dibawa ke hospital oleh pihak polis FOTO: Facebook Hilmi Abdullah

KUALA KRAI - Seorang lelaki warga emas maut diserang gajah ketika mencari lembunya di kawasan Ladang Sawit Lepan Kabu di sini pada Rabu.

Mangsa, Ghazali Setapa, 66, disahkan meninggal dunia di lokasi serangan akibat mengalami kecederaan parah dalam kejadian jam 3.30 petang itu.

Penghulu Mukim Pahi, Muhammad Khairul Anuar Muhammad Noor berkata, mangsa bersama empat lagi rakannya mencari lembu yang baharu dibeli dan hilang sebelum mereka terlihat najis gajah terserempak dengan haiwan itu.

Berdasarkan cerita kawannya, mereka berpecah dua kumpulan dan mangsa bertiga bersama dua kawannya.

“Kawannya lebih dahulu nampak gajah dan mangsa terus mengarahkan rakannya itu supaya segera keluar dari kawasan berkenaan serta maklum kepada pihak berkuasa.

“Mereka melarikan diri tetapi apabila datang semula tengok mangsa sudah terbaring,” katanya kepada pemberita.

Menurut saksi, gajah terbabit mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali sebelum kejadian berlaku.

Mereka memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Muhammad Khairul Anuar berkata, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

**media[3641835]**

Beliau turut memaklumkan bahawa kejadian itu dimaklumkan kepada pihak PERHILITAN dan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, anak mangsa, Muhammad Jawal Ghazali, 25, berkata, sebelum kejadian dia dimaklumkan bapanya keluar ke kawasan ladang berkenaan bagi mencari lembu yang dilaporkan hilang.

Katanya, ketika kejadian dia sedang tidur di rumah sebelum dikejutkan oleh abangnya, Muhammad Amin Ghazali, 27, yang pulang memaklumkan insiden tersebut kira-kira jam 4.30 petang.

“Abang pulang ke rumah dan memaklumkan ayah telah meninggal dunia selepas dipijak gajah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved