Lelaki maut diserang gajah ketika cari lembu

LocalEnvironment
9 Sep 2026 • 7:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki maut diserang gajah ketika cari lembu

KOTA BHARU: Usaha seorang lelaki mencari lembunya yang baharu dibelinya selepas hilang berakhir tragedi apabila dia maut diserang gajah dalam kejadian di kawasan Ladang Lepan Kabu, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa Ghazali Setapa, 66, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Penghulu Mukim Pahi, Muhammad Khairul Anuar Muhammad Noor berkata, semasa sedang mencari lembu yang hilang mangsa dan saksi kejadian telah terserempak dengan seekor gajah.

Katanya, mengikut cerita saksi mangsa kemudian telah mengarahkan dia untuk keluar dari kawasan tersebut untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Gajah berkenaan dikatakan sudah mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali.

“Berkemungkinan besar, jarak yang terdekat menyebabkan gajah tersebut menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Muhammad Khairul Anuar memberitahu, jenazah mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

Katanya, kejadian tersebut sudah diketahui oleh pihak Perhilitan dan polis.

Sementara itu, anak mangsa Muhammad Jawal Ghazali, 25, memberitahu, sebelum kejadian dia dimaklumkan bahawa ayahnya ke kawasan berkenaan untuk mencari lembu yang telah dihilang.

Katanya, semasa kejadian dia sedang tidur dirumah selepas abangnya
Muhammad Amin Ghazali, 27, memaklumkan perkara tersebut sekitar pukul 4.30 petang.

“Abang balik dan beritahu ayah telah mati kena pijak gajah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil Hilmi Abdullah meminta semua penduduk di kawasan berkenaan berada dalam keadaan wasapada susulan kejadian tersebut.-UTUSAN

The post Lelaki maut diserang gajah ketika cari lembu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved