Maut gaduh: 11 daripada dua kumpulan kongsi gelap ditahan

27 Aug 2026 • 12:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Gaduh kongsi gelap

SHAH ALAM: Seramai 11 individu warga tempatan ditahan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan membabitkan dua kumpulan kongsi gelap sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dekat Seksyen 33, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, lima daripadanya diperintah menjalani tahanan reman selama tujuh hari sementara baki dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk permohonan tersebut bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan kedua-dua kumpulan kongsi gelap itu mempunyai kaitan dengan kawasan perniagaan mereka yang beroperasi di sekitar Shah Alam.

“Namun, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan kesahihan motif berkenaan. Kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 30-an. Kita sudah mendapatkan beberapa keterangan saksi-saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kita percaya berdasarkan maklumat yang diperolehi, kumpulan-kumpulan baru (diwujudkan) dan masih menyiasat latar belakang termasuk mengenal pasti siapa ketuanya. Jadi, siasatan sedang berjalan, beri sedikit masa untuk polis melengkapkannya. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, polis juga sedang mengesan saki baki individu yang dipecayai terlibat dalam kumpulan kongsi gelap dan insiden berkenaan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, dua terkulai dan salah seorang dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki dekat Jalan Mandolin 33/5 Taman Alam Megah.

Insiden tersebut tular menerusi perkongsian  video termasuk daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dalam media sosial yang dilihat memaparkan kejadian serangan dan tindakan melanggar individu dengan kereta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, beliau mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 2 petang di jalan raya kawasan berkenaan.

Sementara itu, Shazeli memberitahu, selain seorang yang maut, terdapat mangsa-mangsa lain mengalami kecederaan dan tiga daripadanya sedang menerima rawatan di hospital.

“Sehingga ke hari ini, berdasarkan siasatan dijalankan, polis mempercayai insiden itu melibatkan permusuhan antara kedua-dua kumpulan berkenaan,” ujarnya.

Katanya lagi, bagaimana pun pergaduhan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan insiden bakar mercun ketika upacara pengebumian dekat Setia Alam, semalam. – UTUSAN

The post Maut gaduh: 11 daripada dua kumpulan kongsi gelap ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved