[VIDEO] Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah

27 Aug 2026 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah
Image from: [VIDEO] Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah
Pergaduhan antara dua keluarga berjiran dipercayai berpunca daripada isu sampah membawa padah selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh
Image from: [VIDEO] Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah
Dari kanan Deni, Nurathirah Natasha dan W Norizan beriringan keluar dari Mahkamah Majistret sejurus selepas selesai pertuduhan dibacakan. Foto: Sinar.
Image from: [VIDEO] Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah
Muhammad Alif Najmi (kanan) dan Md Isaa dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas pertuduhan dibacakan.Foto: Sinar.
Image from: [VIDEO] Dua keluarga berjiran gaduh gempar, saling memukul dihadapkan ke mahkamah
Mengikut pertuduhan, kesemua lima mereka didakwa melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain di tempat awam

MELAKA - Pergaduhan antara dua keluarga berjiran dipercayai berpunca daripada isu sampah membawa padah selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Khamis atas pertuduhan gaduh gempar.

Tiga beranak iaitu W Norizan W Husain, 50, bersama anaknya, Nurathirah Natashha Kamarul Zaman, 28, dan Muhammad Alif Najmi Kamarul Zaman, 21, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Bagaimanapun, jiran mereka, Md Isaa Osman, 62, dan isterinya, Deni Rismayani Purba, 53, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

**media[3628088]**

Mengikut pertuduhan, kesemua lima mereka didakwa melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain di tempat awam di Jalan Permatang Pasir, Alai di sini sekitar jam 3.45 petang pada 15 Oktober 2025.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, kejadian tercetus selepas cucu kepada W Norizan, berusia 11 tahun, dimarahi jiran tersebut kerana membuang sampah hingga masuk ke kawasan rumahnya.

Perselisihan faham itu kemudian berlarutan sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergaduhan lebih serius.

**media[3628090]**

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri, manakala Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Mawardi Zainudin mewakili tertuduh.

Siti Nur Alia mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap Md Isaa sementara tiada jaminan ditawarkan kepada Deni yang berstatus warga Indonesia.

Bagaimanapun, Mawardi memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan lebih rendah terhadap Md Isaa yang tidak bekerja hanya membantu isterinya berniaga dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan selain menganggung seorang anak berusia 20 tahun yang masih belajar di peringkat diploma.

Mahkamah kemudian membenarkan Md Isaa dan Deni diikat jamin RM1,000 serta menetapkan 12 Oktober depan untuk penyerahan dokumen dan urusan lantikan peguam.

**media[3628091]**

Sementara itu, Mawardi turut memohon hukuman ringan terhadap tiga beranak yang mengaku bersalah, dengan alasan pengakuan itu menjimatkan masa serta kos mahkamah dan pendakwaan.

Menurutnya, ketiga-tiga tertuduh menyesal atas perbuatan tersebut, selain ini merupakan kesalahan pertama mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM600 setiap seorang atau penjara selama sebulan jika gagal membayar denda.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved