Maut ketika perjalanan pulang

15 Oct 2022 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta mangsa selepas terbabas di Jalan Langkap-Dangi. -Foto PDRM

KUALA PILAH - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke rumah maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Langkap-Dangi pada Jumaat.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa berusia 35 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Kemalangan ini dipercayai berlaku semasa kereta jenis Perodua Axia yang di pandu mangsa dari arah Rembau hendak pulang ke rumah di Gemencheh seorang diri.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai kereta dipandunya telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh pagar tapak projek penanaman buah rock melon dan terbalik," katanya dal satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Amran berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah tersepit di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian.

"Mayatnya telah dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi pengendalian bedah siasat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved