Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”

10 Oct 2023 • 2:59 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Mawar Rashid membuat kejutan dengan memuat naik gambarnya yang tidak lagi mengenakan tudung di Instagram.

image is not available

Pada ruangan kapsyen, Mawar menulis: “Saya dah cuba. Tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya.

Menerusi Instagram Story, Mawar turut memuat naik sekeping gambar matahari terbenam yang diambil di tepi pantai.

image is not available

Pada gambar berkenaan, Mawar menulis: “Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila mental saya sudah bersedia. Sayang kamu sentiasa,” tulisnya.

Menerusi tinjauan Gempak, Mawar dilihat mematikan fungsi ruangan komen pada setiap gambar-gambarnya.

Terdahulu, isteri kepada Raf Yaakob itu mengenakan tudung pada 17 Ogos 2020 selepas mendalami agama Islam dan menghadiri kelas agama.

BACA: 'Takut' Jadi Penyebab Mawar Rashid Berhijab​

image is not available