Mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah

23 Oct 2026 • 7:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah
Tangkap layar video tular memaparkan mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah apartmen di Abdullah Hukum Bangsar di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Mayat bayi perempuan dianggarkan berusia tujuh bulan ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah apartmen di Abdullah Hukum Bangsar di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.43 pagi.

"Hasil siasatan mendapati, mayat bayi itu ditemui di sebuah tong sampah dan telah di bawa ke Unit Forensik Hospital KualaLumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Kita masih menjalankan siasatanmengikut Seksyen 31 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular rakaman memaparkan pegawai forensik sedang mengangkat mayat seorang bayi di dalam sebuah tong sampah di lokasi berkenaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab membuang bayi itu mengundang pelbagai reaksi sedih dan kemarahan orang ramai di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved