Mayat bayi satu tangan ditemukan dalam longkang

16 Oct 2026 • 11:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat bayi satu tangan ditemukan dalam longkang

HULU TERENGGANU – Seorang wanita panik menemukan satu mayat bayi yang tidak sempurna di dalam longkang Perumahan Padang Setengge, di sini hari ini.

Mayat bayi yang dalam keadaan mengerikan itu ditemukan pada pukul 6.52 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu menemukan mayat bayi tersebut, wanita terbabit sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya.

“Wanita tersebut panik sebelum bertindak memaklumkan penemuan tersebut kepada wakil penduduk taman perumahan berkenaan.

“Anggota polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati hanya sebelah tangan dan kedua-dua belah kaki bayi tersebut yang ditemui,” katanya di sini hari ini.

Sharudin berkata, mayat bayi yang tidak sempurna tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini, identiti mayat bayi berkenaan termasuk jantinanya masih belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat bayi satu tangan ditemukan dalam longkang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved