Mayat bayi tidak sempurna dalam longkang di Kuala Berang

16 Oct 2026 • 10:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mayat bayi tidak sempurna dalam longkang di Kuala Berang

HULU TERENGGANU : Mayat seorang bayi yang belum dapat dikenal pasti jantina ditemukan di dalam longkang dalam keadaan tidak sempurna di kawasan Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata,  mayat bayi itu ditemukan seorang penduduk perumahan tersebut ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya.

“Wanita itu menemukan satu susuk tubuh bayi di dalam longkang di belakang rumah sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Perumahan Padang Setengge,” katanya di sini.

Beliau berkata, keadaan mayat ketika ditemukan menunjukkan hanya terdapat satu bahagian tangan dan kedua-dua belah kaki yang mana jantina serta kewarganegaraannya belum dapat dipastikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN

The post Mayat bayi tidak sempurna dalam longkang di Kuala Berang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved