Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta

20 Sep 2026 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta
Mayat lelaki dan wanita ditemukan dalam sebuah kereta berwarna hitam di tepi jalan di Taman Inang Sari, Durian Tunggal.
Image from: Hilang tiga hari: Wanita ditemukan maut bersama kenalan lelaki dalam kereta
Polis menjalankan siasatan di lokasi selepas menerima laporan kejadian.

MELAKA - Misteri kehilangan seorang wanita terungkai selepas mayatnya bersama seorang kenalan lelaki ditemukan dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal di sini, tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah malam berhubung penemuan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat dua individu iaitu seorang wanita dan lelaki berada di dalam kenderaan berkenaan dan kedua-duanya telah meninggal dunia.

"Apabila diperiksa, terdapat seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang wanita berumur 31 tahun di dalam kenderaan.

“Keadaan fizikal mayat yang sudah dalam keadaan kembung dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari,” katanya.

**media[3653183]**

Beliau berkata, sebelum penemuan itu, ibu kepada wanita berkenaan telah membuat laporan polis pada 17 September lalu selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

Katanya, wanita berkenaan yang berstatus bujang kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

"Belum sempat siasatan kehilangan orang itu dijalankan, polis menerima maklumat berhubung penemuan kenderaan yang dipercayai dinaiki mangsa.

"Polis kemudian mengenal pasti wanita terbabit sebagai individu yang dilaporkan hilang," katanya.

Ahmad berkata, pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang kesan samun atau pergaduhan.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil siasatan lanjut dan bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved