Mayat lelaki bogel ditemukan di tebing Sungai Langat

11 Sep 2026 • 8:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki bogel ditemukan di tebing Sungai Langat

KAJANG – Mayat seorang lelaki tanpa seurat benang dijumpai di tebing Sungai Langat berhampiran Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 6 petang.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi dan pemeriksaan awal mendapati mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian di tebing sungai.

“Anggota bomba turut berada di lokasi bagi membantu mengeluarkan mayat dari tebing sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, pemeriksaan awal pasukan forensik tidak menemukan sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan punca kematian masih belum diketahui sementara menunggu keputusan analisis makmal. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sutri Patang di talian 018-942 7088. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki bogel ditemukan di tebing Sungai Langat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved