Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam semak di Bukit Jelutong

8 Sep 2026 • 12:52 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam semak di Bukit Jelutong

SHAH ALAM – Misteri menyelubungi penemuan mayat seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih seminggu di kawasan semak berhampiran Persiaran Balairong U8, Bukit Jelutong, petang tadi.

Penemuan kira-kira pukul 2.45 petang itu disedari orang awam sebelum perkara berkenaan dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan menyebabkan identiti mangsa serta pemeriksaan fizikal terperinci belum dapat ditentukan.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat yang dijumpai merupakan lelaki. Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan berikutan keadaan mayat yang telah reput.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam untuk bedah siasat yang dijalankan pukul 2 petang esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Sarudin, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat di lokasi kejadian, sekali gus menyukarkan usaha awal untuk mengenal pasti mangsa.

Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai laporan kematian mengejut (SDR), sementara hasil bedah siasat dijangka membantu menentukan punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa atau kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fildza Che Ibrahim di talian 016-953 7372.

The post Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam semak di Bukit Jelutong appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved