Mayat mangsa terakhir tragedi kepala air ditemukan selepas 9 hari

17 Nov 2026 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat mangsa terakhir tragedi kepala air ditemukan selepas 9 hari
Operasi SAR mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, di sini berakhir pada Selasa selepas mayat lelaki berkenaan ditemukan pada hari kesembilan.
Image from: Mayat mangsa terakhir tragedi kepala air ditemukan selepas 9 hari
Pencarian mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, di sini akhirnya selesai selepas mayat lelaki berkenaan ditemukan pada hari kesembilan operasi SAR pada Selasa.

KUALA KUBU BHARU – Pencarian mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, di sini berakhir selepas mayat lelaki berkenaan ditemukan pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Selasa.

Mangsa kelapan itu ditemukan oleh pasukan SAR di Sektor C kira-kira jam 10.30 pagi, pada jarak 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sejurus ditemukan.

Menurut beliau, penemuan itu menjadikan kesemua lapan mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan berjaya ditemukan.

"Operasi SAR yang memasuki hari kesembilan itu melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dengan tumpuan pencarian di Sektor C.

"Operasi SAR ditamatkan secara rasmi selepas mangsa terakhir berjaya ditemukan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3713500]**

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat mangsa ketujuh tragedi kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak ditemukan pada Jumaat.

Wan Md Razali berkata, mayat lelaki warga India yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan pada jam 3.40 petang di kawasan pencarian Sektor C.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, lapan lelaki dihanyutkan arus deras, dengan mangsa pertama yang merupakan warga tempatan ditemukan pada jam 1.30 pagi Selasa berhampiran Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.

Lata Jebus dipercayai menjadi lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan arus, manakala seorang lagi mangsa dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved