Mayat wanita ditemukan di tepi jambatan

22 Aug 2025 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PITAS: Mayat seorang wanita ditemui di celah longgokan ranting kayu di tepi jambatan Sungai Nibang, dekat sini, dan dibawa naik oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Identiti mangsa belum disahkan setakat laporan ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pitas, PBT II Noor Jali Maslah berkata, seramai lima anggota diketuai oleh PBK I Gabuh Maradan bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sejauh 34 kilometer sejurus menerima panggilan daripada pihak polis pada jam 7.21 pagi Khamis.

Noor Jali berkata, pasukan membawa naik mangsa menggunakan tali dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.