Polis Temui Mayat Wanita Dalam Kereta Milik Penyanyi US Terkenal

Entertainment
11 Sep 2025 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mayat wanita reput dan tidak cukup sifat ditemukan oleh pihak polis di dalam but sebuah kereta Tesla yang disita di Hollywood, Amerika Syarikat (AS).

Kenderaan itu dipercayai didaftarkan atas nama bintang rap muda AS, D4vd atau nama sebenarnya David Anthony Burke lapor media tempatan, semalam.

Difahamkan, polis bertindak seleps pekerja di situ melaporkan bau busuk yang kuat dari kereta tersebut.

image is not available

Pejabat Pemeriksa Perubatan Los Angeles setakat ini mendedahkan bahawa wanita itu mempunyai rambut ikal hitam dan tinggi kira-kira 5 kaki 2 inci.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berkata ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti mangsa dengan tepat memandangkan mayat yang dibungkus tidak utuh sepenuhnya dan sudah reput teruk, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pembunuhan.

Sebagai info, penyanyi berusia 20 tahun itu dijadualkan membuat persembahan di Minneapolis semalam sebagai sebahagian jelajah dunianya.

D4vd mula meraih populariti pada 2022 apabila lagunya, Romantic Homicide, menjadi tular di TikTok.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, D4vd dilihat masih aktif mempromosikan album terbaharunya di media sosial. Namun, dia tidak memberi sebarang reaksi terhadap penemuan mayat berkenaan dan hanya memberitahu polis bahawa dia akan ‘memberi kerjasama’.

 

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.