Mayat wanita terapung di Sungai Klang

5 Aug 2026 • 9:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat wanita terapung di Sungai Klang

SUBANG JAYA – Mayat seorang wanita ditemukan terapung di Sungai Klang berhampiran sebuah kilang di USJ 1 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 12.58 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati mayat mangsa warga Indonesia ditemukan dalam keadaan muka hancur, manakala kulit tangan dan kakinya mengelupas.

“Ketika dijumpai, mangsa lengkap berpakaian jaket berwarna kuning dan seluar jeans berwarna cerah. 

“Pemeriksaan lanjut menemui beg silang mengandungi e-KTP (Kartu Tanda Penduduk Elektronik) dan sekeping gambar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat wanita asing itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Balai Polis USJ 8 di talian 03-7862 7222. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat wanita terapung di Sungai Klang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved