
Maybank memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan perbankan akan tergendala buat sementara waktu pada Sabtu, 15 Ogos 2026 susulan kerja penyelenggaraan sistem berjadual. Langkah ini dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pengalaman perbankan kekal lancar dan selamat untuk semua pelanggan.

Gangguan perkhidmatan dijadualkan bermula pada jam 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi bagi mesin ATM 24 jam di lokasi terpilih iaitu Pavilion Bukit Bintang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kampus Universiti Malaya. Sementara itu, bagi platform web dan aplikasi, gangguan berlaku antara jam 3.00 pagi hingga 8.00 pagi, melibatkan Maybank2u web, aplikasi MAE (dengan sebahagian fungsi kekal tersedia), serta Maybank2u Biz.
Meskipun terdapat gangguan, pelanggan masih boleh menggunakan aplikasi MAE untuk beberapa fungsi utama seperti semakan baki akaun, pindahan dana antara akaun Maybank, pembayaran bil dan transaksi QR Scan & Pay. Maybank menegaskan bahawa penyelenggaraan ini penting bagi memastikan sistem perbankan terus beroperasi dengan stabil serta mampu memenuhi keperluan pelanggan. Justeru itu, sebaiknya urusan perbankan diselesaikan lebih awal sebelum tempoh penyelenggaraan bermula.
Sumber – Maybank




