MN Holdings menang kontrak RM122.3 juta pemasangan kabel bawah tanah TNB di Tasek Gelugor

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 6:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MN Holdings menang kontrak RM122.3 juta pemasangan kabel bawah tanah TNB di Tasek Gelugor Image from: MN Holdings menang kontrak RM122.3 juta pemasangan kabel bawah tanah TNB di Tasek Gelugor amree10/08/2026 - 18:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 OgosMN Holdings Berhad meraih kontrak bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pemasangan kabel bawah tanah 132 kV di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

 

Kontrak ini diperoleh menerusi anak syarikat miliknya, MN Utilities Engineering Sdn Bhd (MNUE), yang menjalinkan usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd bagi projek itu.

 

Kumpulan dalam maklumam kepada Bursa Malaysia berkata, di bawah perjanjian, MNUE bertanggungjawab terhadap 80% daripada skop kerja, manakala baki 20% pula akan dikendalikan oleh Pembinaan Tajri.

 

"Projek melibatkan pemasangan kabel baharu dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Tasek Gelugor ke PMU Bertam, yang memperkukuh kedudukannya dalam infrastruktur penghantaran tenaga," kata MN Holdings.

 

Sistem kabel itu mempunyai kapasiti 2x180 Mega Volt-Amperes (MVA) dan melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, reka bentuk, pembekalan serta pembinaan bagi sistem kabel litar berganda yang terbaharu.

 

Skop projek turut merangkumi kerja pemerolehan permit daripada pihak berkepentingan, pemulihan permukaan dan struktur sedia ada serta pembersihan kawasan kerja selepas pelaksanaan projek.

 

MN Holdings_DagangNews2026

 

Selain itu menurut Pengarah Urusan MN Holdings, Datuk Clement Toh, kontrak baharu tersebut berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 450 hari dari tarikh permulaan kerja.

 

"Perolehan kontrak TNB ini mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan kumpulan menyediakan rumusan utiliti bawah tanah dan infrastruktur tenaga kritikal yang memerlukan kepakaran teknikal," katanya.

 

Tambahnya, peningkatan pelaburan Malaysia dalam memperkukuh prasarana tenaga bagi memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat, akan meningkatkan kebolehpercayaan grid nasional.

 

Pihak MN Holdings kekal fokus merebut peluang dalam segmen utiliti, dengan kontrak itu menambah rekod prestasi kumpulan dalam menyediakan projek infrastruktur penting kepada ekosistem tenaga.

 

Tender baharu berkenaan jelas beliau, turut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan dan aset bersih sesaham kumpulan sebaik sahaja kerja dimulakan dalam masa terdekat. 

 

"Ia membuktikan keupayaan kumpulan memperoleh projek infrastruktur di luar pusat data (DC) serta memperkukuh peranan dalam pembangunan sektor kuasa, utiliti dan tenaga kritikal negara," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved