MB Johor Terima Amaran Daripada Apple Bahawa iPhone Beliau Diserang Perisian Intipan

LocalTechnology
23 May 2026 • 8:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MB Johor Terima Amaran Daripada Apple Bahawa iPhone Beliau Diserang Perisian Intipan

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan beliau menerima notifikasi rasmi daripada Apple bahawa iPhone yang dikaitkan dengan akaun peribadinya menjadi sasaran serangan perisian intipan yang canggih. Apple menyatakan serangan itu mungkin menyasarkan beliau kerana siapa dirinya atau apa yang beliau lakukan.

Image from: MB Johor Terima Amaran Daripada Apple Bahawa iPhone Beliau Diserang Perisian Intipan

Onn Hafiz menegaskan isu ini melibatkan keselamatan data, rahsia komunikasi, dan hak peribadi individu. Sehubungan itu beliau akan membuat laporan polis dan melakukan aduan rasmi kepada MCMC untuk siasatan menyeluruh dan tindakan undang-undang sewajarnya.

Dalam emel yang diterima Onn Hafiz, Apple mengatakan beliau antara penerima amaran yang dihantar kepada individu di 96 negara yang turut menjadi mangsa serangan perisian intipan. Apakah perisian yang digunakan tidak pula didedahkan oleh Apple tetapi ia adalah dalam kelas yang sama seperti Pegasus oleh NSO Group. Sejak sistem amaran serangan siber diperkenalkan oleh Apple lima tahun lalu, ia telah diterima pengguna peranti Apple di 150 negara.