
SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu surat cara proklamasi bagi menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Ismail enggan mengulas ketika ditanya mengenai hasil pertemuannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama tiga Naib Presiden parti itu pada Khamis lalu.
Beliau hanya tersenyum apabila diajukan soalan sebelum berlalu memasuki kenderaan rasmi dan beredar.
Terdahulu, beliau melancarkan Kembara Program Masyarakat Negeri Sembilan (MANES) di kediaman rasmi Menteri Besar, hari ini.
Pertemuan Ismail dengan Ahmad Zahid dilaporkan berlangsung kira-kira pukul 4 petang di sebuah bilik khas ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Pertemuan itu susulan kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang mahu mendapatkan penjelasan daripada Ismail berhubung dakwaan Menteri Besar berkenaan dipaksa menandatangani dokumen surat cara proklamasi bagi menurunkan takhta Tuanku Muhriz.- KOSMO! ONLINE
The post MB N.Sembilan hanya senyum, enggan komen appeared first on Kosmo Online.






